Kebaikan Coklat

Thursday 21 March 2013



Bila sebut coklat je, ibu bapa mestiii berfikiran negatif dengan memikir kesan negatif yang bakal timbul jika memberi anak mereka makan coklat. Padahal coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh. Di dalam coklat mengandungi 15% lemak, 6% protien, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi , maknanya coklat sangatttt sesuaii dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah *dulu ai makan choki2 masa daki Gunung Ledang.. paham kan kenapa pendaki suka makan coklat semasa mendaki kan?* HEHE



Tanggapan yang mengatakan coklat boleh merosakkan gigi kanak kanak perlu disangkal. Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasien pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakkan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid..


Coklat juga bukanlah makanan yang menggemukkan.. Punca gemuk adalah makan coklat secara berlebihan.. Makan lah dengan cara sederhana dan diiringi dengan senaman yang boleh menggalakkan berat badan yang ideal...


Antara kelebihan kelebihan coklat, ai senaraikan di bawah ini, 

1. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
2. Membantu menajamkan mata dan minda
3. Membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
4. Melambatkan proses penuaan
5. Membantu memulihkan saraf yang letih
6. Membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori


Ai memang sukaaa sangatt makan coklat sehinggakan ai buat bisness berdasarkan coklat... Jadiknya, di sini, kita boleh makan coklat, dah jangan cakap coklat tu bawak kegemukkan, sebabnya kegemukkan tu datang dari kita sendiri.. Makan coklat berpada pada, dengan kuantiti yang sederhana , jangan berlebihh sangattt... Moral of the story? Tempah lah Chocolate Fountain ai.. HAHA  *takde motipp kan?*

  




Sumber : Majalah Pa & Ma  

1 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. terbukti sedapppppppppppp. haritu makan kat wedding nini sikit je. hehhehe